Berpakaian tetapi telanjang~
Dalam beberapa hadis, Rasulullah S.A.W ada menyebut tentang golongan wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Perkara ini lazimnya dikaitkan dengan budaya pemakaian atau fesyen 'omputeh'. Dgn pakaian mereka yg seksi dan 'daring' mendedahkan tubuh mereka sememangnya menepati terma "berpakaian tetapi telanjang" itu.
Namum begitu, tidak ramai dlm kalangan masyarakat khususnya wanita Muslim sendiri sedar bahawa kadang-2 mereka juga berpakaian tetapi seperti telanjang!!
Frasa menutup aurat dan membalut aurat adalah dua perkara yang perlu para muslimah sekalian tahu. Menutup aurat bererti menyembunyikan aurat tersebut sedangkan membalut aurat bermaksud melapiskan aurat tersebut dgn pakaian tetapi masih menzahirkan aurat itu.
Pemakaian leggings, seluar jeans ketat dan seluar yg ketat merupakan contoh yang jelas gejala membalut aurat ini. Hal ini perlu dipandan serius oleh masyarakat. Pemakaian stokin tangan juga sebenarnya termasuk dlm gejala membalut aurat ini kerana lengan wanita juga merupakan aurat. Memakai stokin tangan sahaja tidak bermaksud anda menutup aurat kerana anda tetap menzahirkan aurat anda.
#duhai ukhawatku (saudara-2 perempuan), peliharalah auratmu kerana dirimu begitu bernilai dan hanya barangan yang berharga seperti emas dan perak itu tersembunyi. Jangan gadaikan auratmu untuk tatapan dunia kecuali yang halal bagimu. Insya-Allah yg tersembunyi itu lebih baik dan akan mendapat yang terbaik.
Ps: kepada wanita yg memakai kain, pakailah stokin yg lebih panjang dan kain dalam kerana kadang-2 ketika menaiki tangga akan terzahir betis anda*guilty-pernah ternampak*.
Wednesday 29 May 2013
SEKADAR RENUNGAN,,,,,
[PESAN SEORANG IBU & AYAH]
Wahai
anak-anakku..
Ingatlah
10 Petua Kehidupan ini sepanjang masa. Tatkala ayahanda dan bonda tiada, 10
petua ini boleh membantu anakanda menempuh cabaran dunia Allah untuk mencapai
kecemerlangan di akhirat.
1.
Jangan jauh dengan Allah. Dekati Allah dengan membaca Quran sekurang-kurangnya
3 hari sekali.
2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.
5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.
6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.
8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.
10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada hanyalah cabaran sementara.
2. Jaga air liur. Cakap, dengar dan baca perkara baik selalu supaya air liur yang dihasilkan adalah baik dan ditelan selalu. Mengumpat dan perkataan ‘cuba’ adalah racun yang menjurus kepada perasaan negatif.
3. Perkara lepas biarlah ia berlepas supaya ia tidak mengganggu masa depan.
4. Tidak perlu menyibuk dengan pandangan orang lain.
5. Jangan selalu ingat masih ada banyak masa. Ingat mati tiada syarat tua, mati juga tiada syarat sakit.
6. Jangan fikir terlalu banyak. Memang ada jawapan yang kita tidak akan ketahui. Tapi jawapan akan datang secara tidak sedar.
7. Tiada orang yang boleh mengawal minda anda, selain anda. Sepertimana kegembiraan dan kesedihan anda.
8. Sentiasa memberi tanpa mengharapkan pulangan. Anda akan mengecapi nikmat terbesar sebagai seorang manusia dan mengerti perbuatan memberi akan mendatangkan pahala dan kegembiraan terbesar di hati.
9. Jangan fikir terlalu banyak dan kurangkan berenung. Buat sahaja apa yang patut tanpa putus asa. Jangan menghina Allah dengan menyatakan kegagalanmu adalah takdir-Nya tatkala anda malas, kurang berusaha dan mudah berputus asa.
10. Senyum selalu. Bukan anda seorang sahaja yang ada masalah. Dan sebenarnya masalah anda cumalah mainan minda anda. Yang ada hanyalah cabaran sementara.
WAHAI KAUM ADAM,,,,
DEFINISI KACAK YANG SEBENAR DI MATA MUSLIMAH :)
Apakah
definasi "kacak" di mata muslimah yang sebenarnya. Adakah cukup dari
segi luaran semata dan dibiarkan begitu sahaja. Jadilah sebagai seorang lelaki
bukan sekadar suami kepada isterinya, bahkan menjadi imam kepada makmumnya
(isterinya dan anak2nya...)
Wahai
Lelaki,
cuba
fikirkan sejenak.adakah cukup bagi kita sekadar menjadi lelaki yang
kacak luaran sahaja. Sedangkan jika terlihat di mata Allah, hanya indah
khabar dari kekacakan yang ada pada kita. Mungkin hari ini, kita abaikan segala
apa yang kita baca,dengar dan kita lihat. Suatu hari nanti, di padang mahsyar
kelak akan kita di persoal jawabkan siapa dan di mana maksudnya kekacakkan kita
itu.
Wahai Lelaki,
jadilah kita sebagai pembimbing untuk membimbing. bukan menjadi seorang lelaki yang sebaliknya. Engkau masih lagi menagihkan "SOLEHAH" sedangkan engkau masih mengabaikan lagi kewujudan "SOLEH" dalam kehidupan mu..
Ingat wahai suami,
Sebagaimana kamu harapkan dia sebagai solehah, begitu jugalah mereka (wanita) mengharapkan soleh yang memimpin mereka ke jalan yang di redhai. Untuk kamu menciptakan seorang solehah, haruslah dikau menjadi yang soleh, agar segala usaha ke arah itu mampu menghasilkan solehah yang engkau harapkan selama ini ~
Wahai Lelaki,
jadilah kita sebagai pembimbing untuk membimbing. bukan menjadi seorang lelaki yang sebaliknya. Engkau masih lagi menagihkan "SOLEHAH" sedangkan engkau masih mengabaikan lagi kewujudan "SOLEH" dalam kehidupan mu..
Ingat wahai suami,
Sebagaimana kamu harapkan dia sebagai solehah, begitu jugalah mereka (wanita) mengharapkan soleh yang memimpin mereka ke jalan yang di redhai. Untuk kamu menciptakan seorang solehah, haruslah dikau menjadi yang soleh, agar segala usaha ke arah itu mampu menghasilkan solehah yang engkau harapkan selama ini ~
WHY DO WE READ QURAN?
(SOMETIMES THINGS HAPPENED WHEN WE
LEAST EXPECT IT)
AN OLD AMERICAN MUSLIM LIVED ON A FARM IN THE MOUNTAINS OF EASTERN KENTUCKY WITH HIS YOUNG GRANDSON.EACH MORNING GRANDPA WAS UP EARLY SITTING AT THE KITCHEN TABLE READING HIS QURAN,,,
HIS GRANDSON WANTED TO BE JUST LIKE HIM AND TRY TO IMITATE HIM IN EVERY WAY HE COULD.ONE DAY THE GRANDSON ASKED,''GRANDPA,I TRY TO READ THE QURAN JUST LIKE YOU BUT I DON'T UNDERSTAND IT,AND WHAT I DO UNDERSTAND I FORGET AS SOON AS I CLOSE THE BOOK.WHAT GOOD DOES READING THE QURAN DO?''
THE GRANDFATHER QUIETLY TURNED FROM PUTTING COAAL IN THE STOVE AND REPLIED,''TAKE THIS COAL BASKET DOWN TO THE RIVER AND BRING ME BACK A BASKET OF WATER''.
THE BOY DID AS HE WAS TOLD BUT ALL THE WATER LEAKED OUT BEFORE HE GOT BACK TO THE HOUSE.THE GRANDFATHER LAUGHED AND SAID,''YOU'LL HAVE TO MOVE A LITTLE FASTER NEXT TIME,''AND SENT HIM BACK TO THE RIVER WITH THE BASKET TO TRY AGAIN.
THIS TIME THE BOY RAN FASTER,BUT AGAIN THE BASKET WAS EMPTY BEFORE HE RETURNED HOME.OUT OF BREATH,HE TOLD HIS GRANDFATHER THAT IT WAS IMPOSSIBLE TO CARRY WATER IN A BASKET,AND HE WENT TO GET A BUCKET INSTEAD.
THE OLD MAN SAID,''I DON'T WANT A BUCKET OF WATER;I WANT A BASKET OF WATER.YOU'RE JUST NOT TRYING HARD ENOUGH,''AND HE WENT OUT THE DOOR TO WATCH THE BOY TRY AGAIN.
AT THIS POINT,THE BOY KNEW IT WAS IMPOSSIBLE,BUT HE WANTED TO SHOW HIS GRANDFATHER THAT EVEN IF HE RAN AS FAST AS HE COULD,THE WATER WOULD LEAK OUT BEFORE HE GOT BACK TO THE HOUSE.THE BOY AGAIN DIPPED THE BASKET INTO RIVER AND RAN HARD,BUT WHEN HE REACHED HIS GRANDFATHER THE BASKET WAS AGAIN EMPTY.OUT OF BREATH,HE SAID,''SEE GRANDPA,IT'S USELESS!''
''SO YOU THINK IT IS USELESS?''THE OLD MAN SAID,''LOOK AT THE BASKET''
THE BOY LOOKED AT THE BASKET AND FOR THE FIRST TIME REALIZED THAT THE BASKET AS DIFFERENT.IT HAD BEEN TRANSFORMED FROM A DIRTY OLD COAL BASKET AND WAS NOW CLEAN,INSIDE AND OUT,,
''SON,THAT'S WHAT HAPPENS WHEN YOU READ THE QURAN.YOU MIGHT NOT UNDERSTAND OR REMEMBER EVERYTHING BUT WHEN YOU READ IT,YOU WILL BE CHANGED,INSIDE AND OUT.THAT IS THE WORK OF ALLAH IN OUR LIVES.''
GAMBARAN SYURGA ALLAH S.W.T
---
ALLAH SWT menjelaskan bahawa orang yang akan memasuki syurga-Nya
kelak
adalah dalam keadaan berkumpulan. Ia dijelaskan dalam firman-Nya
yang
bermaksud: “Dan orang yang bertakwa kepada Rabb-nya dibawa ke
syurga
berombongan, apabila mereka sampai ke syurga itu, pintunya terbuka
dan
berkatalah kepada mereka penjaganya: Kesejahteraan dilimpahkan
atasmu,
berbahagialah kamu, masukilah syurga ini, sedang kamu kekal di
dalamnya.” (QS Az-Zumar: 73)
Ibn Kathir menjelaskan, setiap orang yang bertakwa akan menuju ke syurga
bersama-sama dengan kelompok mereka seperti nabi bersama nabi,
golongan
syuhada bersama kumpulan syuhada, golongan ulama bersama kumpulan
ulama,
orang yang jujur bersama orang yang jujur dan begitulah seterusnya.
Dalam erti kata lain, setiap orang dikumpulkan sesuai dengan
kumpulan
mereka.
Begitu pun, di kalangan kelompok manusia di atas, Rasulullah SAW adalah
orang yang pertama sekali memasuki syurga. Hal ini dijelaskan oleh
Anas
bin Malik bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Aku mendatangi pintu
syurga
pada hari kiamat, lalu aku meminta dibuka. Penjaga berkata: Siapa
engkau: Aku Muhammad. Penjaga berkata: Aku diperintahkan untuk
tidak
membukakannya untuk seorang pun sebelummu.” (HR Muslim)
Selepas Rasulullah SAW memasukinya, barulah kumpulan lain akan
memasukinya mengikut pintu syurga yang ditentukan berdasarkan
amalan
mereka. Keadaan ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, bahawa
Rasulullah SAW
bersabda: “Barang sesiapa yang berinfak dengan emas dan perak
daripada
hartanya di jalan Allah, maka dia akan dipanggil dari mana-mana
pintu
syurga. Syurga itu ada beberapa pintu. Sesiapa yang rajin
menunaikan
solat, maka dia akan dipanggil dari pintu solat. Sesiapa yang rajin
bersedekah, maka dia akan dipanggil dari pintu sedekah. Sesiapa
yang
berjihad, akan dipanggil dari pintu jihad dan sesiapa yang
berpuasa, dia
akan dipanggil dari pintu ar-Rayyan."
Hadis itu menjelaskan syurga mempunyai beberapa pintu. Rasulullah SAW
menjelaskan bahawa syurga itu memiliki lapan pintu. Ia dijelaskan
oleh
Umar al-Khattab bahawa Rasulullah SAW bersabda: “Tidaklah salah
seorang
di antara kamu berwuduk, kemudian menyempurnakan wuduknya, lalu
membaca:
Aku bersaksi bahawa tidak ada yang hak kecuali Allah Maha Esa, yang
tiada sekutu bagi-Nya dan aku bersaksi bahawa Muhammad adalah
hamba dan
Rasul-Nya, melainkan dibuka baginya pintu-pintu syurga yang
berjumlah
lapan pintu dan ia masuk dari pintu mana saja yang ia kehendaki.”
(HR
Muslim)
Pintu syurga ada lapan, tetapi jarak di antara satu pintu dengan yang
lain amat jauh, sejauh di antara Makkah dan Hajar (sebuah kota di
Bahrain). Jarak ini dijelaskan dalam hadis daripada Abu Hurairah,
di
mana beliau berkata: “Allah berfirman: Wahai Muhammad, masukkan
umatmu
yang tidak dihisab melalui pintu sebelah kanan. Mereka bebas masuk
pintu
lainnya bersama orang lain." Rasulullah SAW bersabda: Demi
Tuhan yang
jiwa Muhammad ada di tangan-Nya, jarak di antara dua daun pintu
syurga
adalah seperti Makkah dan Hajar atau di antara Hajar dan Makkah.”
(HR
Bukhari & Muslim).
Di dalam syurga, nikmatnya tidak terhingga, sehingga digambarkan
kenikmatannya adalah sesuatu yang belum pernah terlihat oleh mata,
belum
pernah terdengar oleh telinga dan tidak pernah juga terlintas dalam
fikiran manusia.
Di dalam al-Quran, Allah menyifatkan syurga itu dengan beberapa keadaan
seperti firman-Nya: “Di dalamnya ada sungai-sungai daripada air
yang
tidak berubah rasa dan baunya, sungai-sungai daripada susu yang
tidak
berubah rasanya, sungai-sungai daripada khamar yang lazat rasanya
bagi
peminumnya dan sungai-sungai daripada madu yang disaring dan
mereka di
dalamnya memperoleh segala macam buah-buahan.” (QS Muhammad: 15)
Mengenai sifat syurga di atas, Rasulullah SAW juga bersabda: “Di dalam
syurga itu ada lautan susu, lautan air, lautan madu dan lautan
khamar.
Sungai-sungai itu mengalir daripadanya.” (HR At-Tirmidzi).
Di dalam syurga kelak, tidak akan ada penghuninya yang tidak menikah.
Hal ini dijelaskan oleh Abu Hurairah, di mana Rasulullah SAW
bersabda:
“Sesungguhnya rombongan pertama yang masuk syurga seperti bulan
pada
malam purnama dan rombongan seterusnya seperti cahaya bintang yang
bersinar di langit, masing-masing daripada mereka mempunyai dua
isteri
yang mana mereka dapat melihat sum-sum betisnya daripada luar
kulit dan
di dalam syurga tidak ada orang yang tidak menikah.” (HR Bukhari
& Muslim).
Malah, mereka diberikan oleh Allah rumah yang diperbuat daripada mutiara
dan ruangnya amat luas tidak terhingga. Keadaan ini dijelaskan oleh
Rasulullah SAW dalam sabda Baginda: “Sesungguhnya di syurga ada
rumah
yang diperbuat daripada mutiara yang mempunyai ruang yang luas.”
(HR
Bukhari)
Ketika Rasulullah SAW di isra'kan, Baginda diperlihatkan bagaimana rumah
dan keadaan tanah di dalam syurga seperti disabdakan oleh Baginda
yang
bermaksud: “Di dalamnya ada kubah-kubah permata dan tanahnya adalah
minyak wangi.” (HR Bukhari & Muslim)
Disebutkan di dalam kitab “ KASYFUL GHAIBIAH” yang ditulis oleh Syeikh
Zainal Abidin bin Muhammad Al-Fathani menerangkan tentang keadaan
syurga
dan penduduknya kelak, berkata Ibnu Abbas: “Bahawa syurga itu
mempunyai
8 buah pintu gerbang iaitu:
1. Pintu masuk untuk para nabi, syuhada, orang-orang dermawan, orang
yang mendermakan hartanya di jalan Allah. Di atas pintu tersebut
tertulis dua kalimah syahadah yang indah.
2. Pintu masuk bagi orang yang sangat rapih, memenuhi syarat dan rukun
serta meneliti fardhu dan sunnahnya dalam solat.
3. Pintu masuk bagi mereka yang suka mengeluarkan zakat dengan hati yang
tulus ikhlas semata-mata kerana Allah.
4. Pintu masuk orang-orang yang suka menyeru dan mengajak kepada kebaikan.
5. Pintu masuk bagi orang-orang yang dapat mengekang nafsunya dari
melakukan perbuatan yang diharamkan dalam Islam.
6. Pintu masuk bagi orang yang melakukan rukun Islam yang kelima iaitu
melakukan haji dan umrah yang mabrur.
7. Pintu masuk bagi orang-orang yang membela dan berjuang di jalan Allah.
8. Pintu masuk bagi orang yang berbakti kepada kedua orang tuanya,
keluarganya serta sanak saudaranya.
Demikian keterangan yang dinyatakan dalam hadis dimana syurga-syurga itu
telah disediakan oleh Allah dengan beberapa tingkatan yang akan
diberikan kepada hambaNYA sesuai dengan amal perbuatan
masing-masing.
Diceritakan, ketika semua para hamba Allah telah dihisab dan telah
menerima buku catatan amalnya yang diterima dengan tangan kanan
mereka,
pada waktu itu semua manusia merasa gembira yang tidak terkira,
sehingga
mereka yakin bahawa Allah akan memasukkan mereka ke dalam syurga
yang
penuh dengan kenikmatan. Manakala mereka akan memasuki gedung yang
indah
itu, mereka akan disambut oleh 'wildan' (pelayan muda) yang memang
sudah
sekian lama menanti kehadiran orang yang akan mengisi gedung
tersebut
(syurga).
Demikianlah keadaan gedung-gedung itu yang sangat indah bentuknya
sedangkan lantainya dihampar dengan permaidani yang indah pula dan
di
dalamnya mengalir air sungai yang ditumbuhi oleh pohon-pohon yang
sangat
rendang dan buahnya yang manis dan lazat.
Firman Allah SWT: "Dan sampaikanlah berita gembira kepada mereka yang
beriman dan berbuat baik, bahawa bagi mereka disediakan
syurga-syurga
yang mengalir sungai-sungai di dalamnya. Setiap mereka diberi
rezeki
buah-buahan dalam syurga-syurga itu, mereka mengatakan: "
Inilah yang
pernah diberikan kepada kami dahulu ". Mereka diberi
buah-buahan yang
serupa dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci dan
mereka kekal di dalamnya." (QS Al-Baqarah: 25)
Dengan mata air terpancar, taman syurga yang terhidang dengan segala
kelazatan adalah destinasi yang aman dan sentosa. Mereka yang
menghuninya kekal di dalamnya, tidak akan merasai kematian lagi.
Terdapat pohon-pohon dan buahan. Sungai mengalir di bawah syurga. Ada
air yang tidak berubah (rasa dan baunya). Terdapat beberapa sungai
dari
arak yang lazat bagi orang yang meminumnya dan beberapa sungai
dari madu
yang suci bersih.
Penghuninya dilayan anak muda yang beredar di sekitar mereka, yang
cantik seolah-olah seperti mutiara yang tersimpan sebaik-baiknya.
“Dan diedarkan kepada mereka bejana dari perak dan piala-piala minuman
yang keadaannya laksana kaca (nampak jelas isinya) - (keadaannya
laksana) kaca, (sedang ia) dari perak, pelayan-pelayan itu
menentukan
kadar isinya sekadar yang cukup betul dengan kehendak penggunanya
dan
mereka di dalam syurga itu diberi minum sejenis minuman yang
campurannya
daripada zanjabil - iaitu sebuah mata air di dalam syurga yang
disebutkan sifatnya sebagai salsabil dan mereka dilayani oleh
anak-anak
muda lelaki yang tetap kekal (dalam keadaan mudanya), yang sentiasa
beredar di sekitar mereka, apabila engkau melihat anak-anak muda
itu
nescaya engkau menyangkanya mutiara yang bertaburan.” (QS
Al-Insaan: 15-19)
Di syurga juga terdapat teman-teman yang baik akhlaknya lagi cantik
rupanya, iaitu bidadari yang hanya tinggal di tempat tinggal
masing-masing. Bidadari ini cantik berseri seperti permata delima
dan
marjan. Kulit mereka putih melepak, cantik matanya, malah
pandangannya
tertumpu kepada mereka semata-mata.
Bidadari ini juga tidak pernah disentuh oleh manusia mahupun jin. Mereka
bersenang lenang, bergurau senda di atas cadar hijau warnanya dan
permaidani yang sangat indah. Golongan yang sangat bertuah ini
disebut
sebagai 'Ashaabul Yamiin' (golongan kanan).
Wallahua'lam.
KEPENTINGAN AIR KEPADA MASYARAKAT SEJAGAT
Air meliputi
70% daripada keseluruhan muka bumi ini. 70% daripada tubuh manusia mengandungi
air. Tahukah kita bahawa tanpa elektrik, kita masih mampu meneruskan kehidupan,
tetapi bagaimana kalau tiada air. Oleh itu. air merupakan unsur yang sangat
penting dalam kehidupan. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan,
tetapi tanpa air mungkin akan menyebabkan dehidrasi, kehausan dan mati dalam
tempoh beberapa hari. Kehilangan 2% air disekeliling sel boleh menyebabkan
pengurangan 20% tenaga. Mungkin selama ini kita tidak sedar,bahawa air sangat
penting dalam kehidupan seharian kita. Malah, organ yang terdapat dalam badan
kita juga memerlukan air untuk kekal sihat, antaranya ialah kandungan air dalam
otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69%, dan buah pinggang
82%.
Kita perlu
meningkatkan kadar pengambilan air sebanyak 20 peratus ketika cuaca panas.
Caranya ialah dengan mengambil tiga liter air setiap hari, makan makanan yang
mengandungi cecair tambahan seperti tembikai, tomato, buah-buahan segar dan
pelbagai sayur-sayuran. Perlu diingat, tubuh hanya memerlukan 20 minit untuk
terhidrat! Oleh itu, jangan tunggu sehingga berasa dahaga untuk minum. Jika air
kencing berwarna kuning gelap, bermakna kita perlu minum air dengan kadar yang
banyak. Selain itu, makanan yang kaya dengan air boleh mengisi perut kita tanpa
perlu penambahan kalori yang berlebihan. Pengambilan air yang banyak juga dapat
mengurangkan kalori dalam setiap gigitan makanan yang kita makan.
Menurut
Daniel Reid, Pengarang Buku : The Top of Detox berkata, “ meminum air alkali
adalah satu cara terbaik untuk meneutral dan mengeluarkan semua toksin yang
mengalir dari otot-otot dan bahan cairan dari tubuh dengan cepat menambah air
dan mengekalkan kealkalian darah “ . Hal ini kerana, kandungan air di dalam
darah adalah sebanyak 82%. Tanpa air, tubuh badan manusia tidak mampu berfungsi
dengan sempurna. Tanpa air juga, darah tidak dapat mengalir, nutrient-nutrien
penting dan oksigen tidak dapat disebarkan. Malah, sisa kumuhan akan terkumpul
dan tepu di dalam badan. M aka badan kita akan bertoksin dan tidak sihat, akan
menyebabkan kita mudah pening kepala, keletihan, kurang tidur, dan akan
menyebabkan darah tinggi.
Air membantu
membuang segala kekotoran, toksin dan lemak yang tidak berguna keluar secara
semula jadi menerusi pembuangan air kecil dan air besar. Air juga melancarkan
proses penghadaman. Tanpa air yang cukup, kita mudah terhidrasi dan usus dalam
badan akan mongering dan mengecut. Selain itu, air bertindak sebagai penambah
tenaga kepada tubuh badan kita. Jika rasa haus, jangan tunggu lebih lama untuk
minum air.Ini untuk mengelakkan jantung kita menggunakan tenaga berlebihan
untuk mengepam oksigen ke seluruh badan.
Air juga
membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai
peranan yang penting dalam hamper setiap fungsi utama badan. Air melaraskan
suhu badan, di samping membawa nutrient dan oksigen ke sel, serta menghapuskan
sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisi.
Jumlah air
yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seorang dengan seorang
yang lain. Hal ini juga bergantung pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan
saiz badan. Pada kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600ml peluh
sehari. Input air sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa
biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan
oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat badan, dan kegiatan fizikal
mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami
penghidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air akan meningkat sekiranya
kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam,
atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
Oleh itu,
air merupakan sumber yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia.
Terdapat banyak fungsi- fungsi air yang diperlukan di dalam tubuh badan
manusia. Antaranya, dapat menggerakkan fungsi tubuh. Air memainkan peranan
penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh
badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan
dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak dapat berfungsi.
Selain itu, air juga dapat menjalankan proses detoksifikasi, yang mana setiap
hari tubuh kita terdedah kepada unsure toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran
mempunyai kandungan racun, antibiotic dan hormone di dalam produk daging dan
bahan pengawet dan pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses.
Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam
air,udara dan makanan.
Air juga
dapat menghalang dehidrasi dan penyakit. Hampir semua penyakit adalah
disebabkan kekurangan air. Masalah jerawat , penghadaman, obesiti, sendi dan
masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan
juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening
kepala, insomnia dan sebagainya. Disamping itu, air juga dapat menguraikan dan
membantu penyerapan nutrient makanan untuk dibekalkan kepada sel, pemangkin
dalam proses metabolisme, mengawal atur kepekatan darah, mengawal suhu
badan,tekanan darah dan PH tubuh, mengurangkan tekanan dalam tubuh badan ,
menyelaras ketidak seimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa, melindungi
kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan proses penuaan, kekal bentuk
badan yang cantik, meningkatkan tenaga, mengurangka stres, membentuk otot,
melancarkan proses penghadaman, dan mengurangkan pembentukan batu karang.
Terdapat
beberapa kesan kekurangan air dalam kesihatan. Antaranya, akan menyebabkan
dahaga, nafas berbau, bibir merekah, sakit kepala, panas dan sembelit.
Kehilangan air yang serius pula menyebabkan, dehidrasi, hilang tumpuan, punca
pelbagai penyakit, gangguan mental, darah memekat, dan panas terasa di bahagian
dada.
Air kosong adalah
pilihan yang terbaik, dalam membantu meningkatkan metabolisma tubuh. Berbanding
makanan yang mengandungi air dan sup, yang hanya dapat membantu membekalkan
sebahagian air sahaja. Kita juga akan kehilangan air tambahan di dalam badan,
apabila kita mengambil minuman berperisa, minuman ringan, kopi dan teh.
Melalui
saranan pakar pemakanan, kita hendaklah minum sekurang-kurangnya 2 liter air
setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air.Dan air yang kita minum bukanlah
air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.
Islam sangat
mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam
disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di
samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti
sesuatu penyakit. Potongan ayat al-Quran yang berkaitan dengan penjagaan
kesihatan. Antara ayat al-Quran yang menyuruh supaya manusia menjaga kesihatan
ialah, Surah al-Baqarah ayat 172 – 173- bermaksud: “Hai orang yang beriman,
makanlah barang yang baik-baik dari apa yang diberikan kepada kamu dan
bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya.
Sesungguh-nya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah,
daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka
barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui
batas, maka tidaklah berdosa baginya (memakan benda-benda yang haram) kerana
sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani” .
DETIK-DETIK KEWAFATAN RASULULLAH S.A.W
Ketika merasa bahwa ajalnya sudah dekat, Rasulullah SAW
mengumpulkan para sahabat di kediaman isteri tercintanya, Sayyidah Aisyah RA.
Setelah semua berkumpul, beliau memandang mereka dengan tatapan mata yang
sendu. Air mata beliau menitis tiada berhenti.
Di tengah tangisnya beliau bersabda, “Marhaban bikum, semoga Allah
SWT melimpahkan rahmat-Nya kepada kamu. Aku berwasiat kepada kamu, bertaqwalah
kepada Allah SWT. Telah dekat perpisahan dan telah hampir waktu pulang kepada
Allah Ta?ala. Hendaklah Ali memandikanku, sedangkan Fadlal bin Abbas dan Usamah
bin Zaid yang menuangkan air. Kemudian kafanilah aku dengan kainku jika kamu
menghendaki, atau dengan kain putih buatan Yaman. Jika kamu selesai
memandikanku, letakkan jenazahku di tempat tidur di rumahku ini, diatas pinggir
lubang kuburku. Kemudian bawalah aku keluar sesaat. Maka yang pertama kali
berselawat kepadaku adalah Allah Azza wa Jalla, lalu Jibril, Mikail, Israfil,
Izrail bersama pasukannya, kemudian segenap malaikat. Sesudah itu barulah kamu
masuk rombongan demi rombongan, dan sembahyangkanlah aku.”
Begitu mendengar wasiat Nabi, para sahabat tidak kuasa menahan
tangis. Mereka menjerit…..”Ya Rasulullah, Tuan adalah rasul kami, penghimpun
dan pembina kekuatan kami, serta penguasa segala urusan kami. Jika Tuan pergi,
kepada siapakah kami kembali?”
Rasulullah SAW bersabda, “Aku tinggalkan kamu di jalan yang
terang. Aku tinggalkan untuk kamu dua juru nasihat yang berbicara dan yang
diam. Penasehat yang berbicara ialah Al-Quran, penasihat diam ialah maut. Jika
kamu menghadapi persoalan yang musykil, kembalilah kepada Al-Quran dan sunnah;
dan jika hati kamu kusut, tuntunlah dengan mengambil i?tibar tentang peristiwa
maut.”
Sejak itu, akhir bulan Shafar, Rasulullah SAW jatuh sakit. Semakin
lama penyakitnya semakin berat. Suatu saat, ketika para sahabat berkumpul di
kediaman Sayyidah Aisyah RA untuk menjaga Rasulullah SAW secara bergantian,
Rasulullah SAW bangun dari tempat tidurnya dengan mengenakan ikat kepala,
pertanda sakitnya masih berat.
Didepan para sahabat, beliau bersabda, “Wahai para sahabatku…..
Sungguh, demi Allah, saat ini telah kulihat Telaga Haudh di hadapanku. Demi
Allah, aku tidak takut syirik akan menimpa kamu setelah aku wafat. Tetapi yang
kutakutkan, kamu saling berebut dunia, saling hantam memperebutkan kekayaan.
Itu yang aku takutkan.” Haudh adalah salah satu telaga di syurga.
Dari hari ke hari, kesehatan Nabi semakin memburuk, dan para
sahabat mulai cemas. Suatu hari, Isnin Subuh, sahabat Bilal mengumandangkan
adzan di Masjid Nabawi. Tapi hingga beberapa waktu Nabi belum juga hadir. Ia
lalu menyusul ke rumah beliau. Didepan pintu rumah, ia mengucapkan salam,
“Assalamu’alaika, ya Rasulullah.”
Nabi tidak menjawab, tapi Sayyidah Fatimah RA keluar sambil
menjawab salam, “Alaikassalam….. Kalau ada perlu lain kali saja. Rasulullah
sedang demam.”
Mendengar jawaban itu, Bilal tidak faham. Ia lalu kembali ke
masjid, menunggu kedatangan Nabi sampai langit disebelah timur mulai menguning.
Kerana waktu subuh hampir habis, Bilal kembali kerumah Rasulullah SAW.
“Assalamu’alaika, ya Rasulullah…. para makmum sudah menunggu dan
langit sudah pula menguning,” katanya.
Saat itu, Nabi agak sedar. Dengan tersendat-sendat beliau membalas
salam Bilal, lantas bersabda, “Ya Bilal, aku tahu fajar telah mulai tiba. Beri
tahu Abu Bakar supaya menjadi imam sembahyang Subuh. Aku sedang sakit, tidak
mampu bangun.”
Mendengar jawaban itu Bilal menangis. Dengan langkah terburu-buru
tetapi lunglai, ia bergegas kembali ke masjid. Disampaikannya pesan rasulullah
SAW kepada Abu Bakar. Begitu melihat mihrab kosong, Abu Bakar menangis. Di
mihrab itulah Rasulullah SAW selalu memimpin sholat, mengumandangkan ayat-ayat
Al-Quran dengan suara yang nyaring dan fasih. Pribadinya agung, parasnya
berwibawa. Kini mihrab itu kosong. Abu Bakar menangis juga seluruh sahabat,
sehingga suasana subuh itu menjadi murung.
Sampai siang, para sahabat berkumpul di masjid menanti berita dari
kediaman Rasulullah SAW. Ternyata, Rasululah SAW minta dipapah untuk menuju
masjid. Dengan langkah terseok-seok, Nabi keluar rumah dipapah kedua sahabat
itu.
Tiba di masjid, Nabi sembahyang sunnah dua rakaat lalu menuju
mimbar. Kakinya terasa berat ketika mendaki tangga. Tubuhnya tampak lemah,
tangannya bertelekan. Tak lama kemudian beliau menyampaikan khutbah singkat,
namun isinya meresap dan menggetarkan hati. Para sahabat bercucuran air mata…..
“Wahai kaum muslimin, kita hidup di bawah kekuasaan Allah dan
kasih sayang-Nya. Maka bertaqwalah kepada-Nya dan taatilah
perintah-perintah-Nya”. Dalam riwayat lain, Rasulullah SAW berwasiat, “Wahai
segenap umat manusia, api neraka sudah dinyalakan, fitnah-fitnah telah datang
seperti datangnya malam yang gelap. Demi Allah, kamu tidak akan berpegang
kepadaku dengan suatu apa pun. Sesungguhnya aku tidak pernah menghalalkan
sesuatu melainkan apa yang dihalalkan oleh Al-Qur?an, dan tidak pula
mengharamkan sesuatu melainkan apa yang diharamkan oleh Al-Quran”.
Abu Bakar tersedu sedan sementara Umar bin Khattab menahan napas
dan tangis hingga dadanya naik turun. Sedangkan Utsman bin Affan menghela napas
panjang, dan Ali bin Abi Thalib menundukkan kepala dalam-dalam. Dalam hati
semua sahabat berkata, “Rasulullah akan meninggalkan kita.”
Lelaki agung itu hampir selesai menunaikan tugasnya. Tanda-tanda
itu semakin nyata, sehingga dengan tangkas Ali dan Fadhal segera tampil
membantu Rasulullah turun dari mimbar. Sangat pelan kerana lemah.
Segera setelah itu beliau dipapah untuk kembali pulang ke rumah
kediaman. Sejak itu beliau tidak mampu lagi bangkit dari tempat tidur. Keadaan
beliau semakin gawat, sampai-sampai kain pengikat beliau pun terasa panas.
Panas yang sangat tinggi menyebabkan beliau sering tak sedarkan diri.
Melihat keadaan ayahandanya, Sayyidah Fatimah RA terus menangis,
“Ya Allah, alangkah berat penderitaan ayahku. Alangkah beratnya, ya Allah….”
Mendengar tangis putri kesayangannya itu, Rasulullah SAW sempat
bersabda, “Bersabarlah anakku sayang. Tidak ada lagi penderitaan ayahmu sesudah
hari ini…” Nabi SAW berusaha menghibur putrinya agar tidak bersedih hati. Namun
sabda Beliau itu juga merupakan pertanda bahwa tinggal pada hari itu beliau
merasakan penderitaan. Dan setelah itu, meninggalkan keluarga dan segenap kaum
muslimin.
Tepat pada waktu dhuha, datanglah Malaikat Izrail yang diutus oleh
Allah Ta?ala untuk menjemput Rasul SAW. Perintah Allah Ta?ala kepada Izrail,
“Masuklah kalau diizinkan olehnya. Kalau tidak, kembalilah engkau kemari.
Berangkatlah dan muncullah di hadapannya dalam wujud seorang lelaki yang sopan
dan rapi. “Maka muncullah Malaikat Izrail sebagai seorang lelaki berpakaian
putih-putih dengan aroma yang harum mewangi.
“Assalamualaikum, wahai penghuni rumah kenabian….”
“Wa’alaikumussalam. Maaf Rasulullah sedang payah. Datanglah lain
kali,” jawab Sayyidah Fatimah RA.
“Assalamu?alaika, ya Rasulullah. Salam sejahtera untukmu
selamanya. Bolehkah saya masuk?” ujar Izrail lagi.
Mendengar salam khusus itu, Nabi membuka mata beliau lalu bertanya
kepada Fatimah, “Anakku, ada tamu ya? Siapa yang berada di pintu, hai Fatimah?”
“Seorang laki-laki yang bersih sopan, rapi, dan wangi. Ia
memanggil-manggil ayah dan minta izin untuk masuk. Saya bilang, Ayah sedang
payah. Saya minta dia dia untuk kembali lain kali.”
Tiba-tiba Nabi SAW memandangi putri tercintanya itu dengan tatapan
yang menembus jauh, dengan cahaya pekat yang mengabut.
Sayyidah Fatimah RA menggigil kerana hatinya tergetar
“Izinkan tamu itu masuk, Fatimah. Tahukah engkau siapa dia,
anakku?” sabda Rasulullah SAW.
“Tidak”
“Dialah penjemput kenikmatan, pemutus nahsu syahwat, dan pemisah
pertemuan. Dia adalah malakul maut.”
Sayyidah Fatimah RA terkejut, “Ayahanda, jadi mulai hari ini aku
tidak akan lagi mendengar suaramu dan memandangi wajah jernihmu?” Sayyidah
Fatimah menangis.
Jangan bersedih dan menangis, jantung hatiku. Engkau adalah
keluargaku yang mula-mula akan bersamaku di hari kiamat,” sabda Rasul SAW
Mendengar itu, barulah Sayyidah Fatimah RA lega.
“Engkau datang untuk berziarah atau untuk mencabut nyawaku?” Tanya
Nabi.
“Aku datang untuk berziarah, juga menjemput Tuan jika Tuan
mengizinkan. Tetapi kalau tidak aku akan kembali.”
“Engkau datang sendirian? Dimana engkau tinggalkan Jibril?” Tanya
Nabi sambil tersenyum.
“Aku tinggalkan dia di langit kedua bersama para malaikat lainnya.”
“Panggil dia kemari.”
Jibril tergagap. Maka Malaikat JIbril pun turun ke bumi, menuju rumah
kediaman Rasul, lalu duduk disebelah kepala Rasulullah SAW.
Beberapa saat Nabi memandangi Jibril, lalu dengan sayu beliau
bersabda, “Jibril, mengapa berlambat-lambat? Tidakkah engkau tahu saat yang
dijanjikan itu hampir tiba?”
“Beri tahu aku bagaimana hakku di hadapan Allah nanti.” sabda Nabi
lagi.
“Pintu-pintu langit telah terbuka, para malaikat berbaris
berlapis-lapis menunggu kehadiran ruh Tuan, seluruh gerbang syurga terbuka
sebagai persemayaman Tuan.”
Namun wajah Nabi tetap suram dan gelisah. Lalu sabdanya lagi,
“Jibril, bukan berita itu yang kuinginkan. Beritahu aku, bagaimana umatku besok
di hari kiamat.”
Maka dengan tenang Jibril menjawab, “Ya Rasulullah, Allah Ta?ala
berfirman, „Aku haramkan syurga dimasuki oleh para nabi sampai engkau, Muhammad,
masuk terlebih dahulu. Dan aku haramkan umat para nabi masuk ke dalamnya sampai
umatmu, Muhammad, masuk terlebih dahulu?.”
Mendengar jawaban itu, barulah wajah Nabi berseri-seri.
“Alhamdulillah. Kalau begitu hatiku tenang, wahai Jibril.” Beliau merasa tenteram,
kerana kaum muslimin mendapat hak dan tempat istimewa di hadapan Allah SWT.
Bibir beliau yang sudah memucat itu menyunggingkan senyum. Senyum istimewa itu
juga beliau tujukan kepada Malaikat Izrail ketika beliau mempersilakan sang
Pencabut Nyawa itu melaksanakan tugasnya.
Pada waktu yang bersamaan suasana gundah gulana menggantung berat
di ruangan sempit itu. Angin kota Madinah yang meniupkan hawa dingin tapi
kering tambah dalam menusuk tulang. Sejengkal demi sejengkal matahari pun
semakin meninggi ketika Malaikat Izrail berancang-ancang untuk mencabut nyawa
Rasulullah SAW.
Penderitaan Nabi SAW semakin menghebat ketika nyawa beliau, yang
dicabut oleh Izrail dengan sangat pelan dan lembut, sampai di pusat. Dahi dan
sekujur wajah beliau bersimbah peluh. Urat-urat di wajah beliau menegang dari
detik ke detik. Sambil menggigit bibir, Nabi SAW berpaling ke arah malaikat
Jibril. Mata Rasulullah SAW pun basah, cahayanya pun semakin meredup. “Ya
Jibril, betapa sakitnya! Oh, alangkah dahsyatnya derita sakaratul maut ini.”
Sayyidah Fatimah RA memejamkan mata, sementara Ali bin Abi Thalib,
yang berada disamping Rasulullah SAW, menundukkan kepala, sedangkan Malaikat
Jibril memalingkan muka. “Ya Jibril, mengapa engkau berpaling? Apakah engkau
benci melihat wajahku?” tanya Rasul SAW. “Sama sekali tidak, ya Rasulullah.
Siapakah yang tega menyaksikan Kekasih Allah dalam kedaaan seperti ini?
Siapakah yang sampai hati melihat Tuan kesakitan?” jawab Jibril tersekat-sekat.
Rasa sakit itu kian memuncak. Sekujur tubuh Nabi menggigil. Wajah
beliau semakin memucat, urat-uratnya menegang. Dalam keadaan sakit tak
tertahankan itu beliau berdoa, “Ya Allah, alangkah sakitnya! Ya Allah,
timpakanlah sakitnya maut ini hanya kepadaku, jangan kepada umatku.”
Mendengar sabda Rasul itu, Jibril tersentak. Betapa agung peribadi
Rasulullah SAW. Dalam detik-detik paling gawat dan menyiksa, bukan kepentingan
sendiri yang dimohonkan, melainkan kepentingan umatnya. Andai beliau mohon agar
rasa sakit itu dicabut, pasti Allah SWT mengabulkannya. Namun beliau lebih
memilih sebagai tumbal agar derita itu tidak menimpa umatnya.
Ketika Jibril menyedari keadaan di sekelilingnya, Izrail sudah
dengan sangat santun menarik nyawa Nabi SAW sampai di dada. Maka napas beliau
pun mulai menyesak. Rasa sakit semakin menghebat. Ketika itulah, lelaki agung
itu menengok ke arah sahabat-sahabatnya, lalu bersabda dengan suara lirih dan
pandangan sayu, “Ushikum bishsembahyangi wa ma malakat aimanakum (Aku wasiatkan
kepada kamu untuk mendirikan sholat, dan aku wasiatkan kepada kamu orang-orang
yang menjadi tanggungan kamu).”
Sejenak kemudian, keadaan Rasulullah SAW bertambah kritis. Para
sahabat saling berpelukan lantaran tak kuat menahan pilu. Dan ketika itulah
tubuh Nabi SAW mulai dingin. Hampir seluruh bagian tubuh beliau tidak
bergerak-gerak lagi. Mata beliau pun berkaca-kaca dan menatap lurus ke
langit-langit hanya sedikit terbuka.
Menjelang akhir hayat beliau, Ali bin Abi Thalib melihat Nabi SAW
dua kali menggerak-gerakkan bibir beliau yang sudah membiru. Maka Ali pun
cepat-cepat mendekatkan telinganya ke bibir Nabi. Ia mendengar Nabi SAW
memanggil-manggil, “Ummati, ummati…. (Umatku, umatku…).” Dengan
memanggil-manggil umatnya inilah, Rasul Akhir Zaman itu wafat di pangkuan
isteri tercinta, Sayyidah Aisyah RA, pada hari Isnin, 12 Rabi’ul Awwal 11
Hijrah, bertepatan dengan tarikh 3 Juni 632 Masehi, dalam usia 63 tahun.
Maka meledaklah tangis para sahabat. Sang kekasih Allah telah
wafat, membawa cinta yang agung, cinta kepada umat, hingga akhir hayat. Bahkan
dibawanya sampai Padang Mahsyar. Ketika nyawa sudah sampai tenggorokan.
Pemimpin Besar dan Pencipta Peradaban itu bukan mengkhawatirkan keluarganya,
melainkan memprihatinkan umatnya. “Ummati, ummati….”
Sesaat sebelum wafat, sebagaimana tercatat dalam Shahih Bukhari,
Rasulullah SAW masih sempat berwasiat dan menghibur umatnya. Beliau bersabda,
“Wahai umatku, kamu akan melihat hari yang tidak kamu sukai, iaitu perpecahan
dan fitnah dari berbagai musibah yang akan datang. Akan tetapi hendaklah kamu
bersabar sampai berjumpa denganku di Telaga Haudh kelak…”
Sementara itu, dari sumber kitab Shahih Bukhari diriwayatkan, pada
Isnin subuh itu Nabi SAW merasa keadaannya mulai membaik. Maka ketika mendengar
adzan, beliau memutuskan untuk pergi ke masjid sekalipun keadaannya masih lemah.
Ketika beliau masuk masjid, sembahyang sudah dimulai. Para sahabat pun
menjerit, mengucapkan, “Subhanallah, subhanallah”, pertanda gembira dan
bersyukur menyaksikan keadaan kesehatan junjungan mereka yang mulai membaik.
Begitu melihat Nabi datang, para sahabat hampir membatalkan
sembahyang. Namun, beliau memberi isyarat agar mereka meneruskannya.
Sejenak beliau berdiri menatap mereka dengan bahagia. Wajahnya
berseri-seri menyaksikan ketaatan umatnya. Sampai-sampai Annas bin Malik
berkata, “Belum pernah aku melihat pandangan yang lebih menakjubkan dari wajah
Nabi SAW (ketika itu).” Kemudian beliau tersenyum. Abu Bakar Ash-Shiddiq, yang
menjadi imam sembahyang, menyedari apa yang terjadi di belakangnya. Yakni,
pasti Rasulullah SAW ada di masjid. Maka tanpa menoleh, ia pun mundur. Tetapi,
Nabi segera memegang pundaknya dan mendorongnya maju agar terus sebagai imam,
sementara Nabi SAW sembahyang di sebelah kanan Abu Bakar dalam kedudukan duduk.
Selesai sembahyang, Nabi kembali ke rumah Sayyidah Aisyah RA
dipapah oleh Fadlal dan Tsawban, sementara Ali dan Abbas mengikuti dari
belakang. Sampai di rumah, Nabi SAW kembali ke tempat tidur, berbaring di
pangkuan isteri tercintanya itu. Dan ternyata, sembahyang subuh tadi adalah
yang terakhir kali Nabi SAW sembahyang berjamaah dengan para sahabatnya. Ketika
itulah segenap kekuatan Nabi SAW melemah.
Saat Abdurrahman bin Abu Bakar masuk ke dalam kamar sambil membawa
siwak (sikat gigi dari kayu arak), Sayyidah Aisyah RA melihat Nabi SAW sepertinya
menginginkannya. Maka ia pun meminta siwak itu, membersihkannya, lalu
memberikannya kepada ayahanda tercinta. Lalu beliau pun membersihkan gigi
dengan cekatan, sekalipun keadaannya cukup lemah. Tidak lama kemudian kesedaran
Rasulullah SAW hilang. Sayyidah Aisyah RA mengira beliau tengah menghadapi
sakaratul maut. Tapi, sekitar satu jam kemudian, beliau membuka mata. Sayyidah
Aisyah RA teringat Rasulullah SAW pernah bersabda, “Tidak ada seorang nabi pun
yang dicabut nyawanya sebelum ia ditunjukkan tempatnya di syurga.” Sayyidah
Aisyah RA pun faham, inilah saat sakaratul maut itu.
Sejenak kemudian, Nabi SAW bersabda dengan suara bergumam, “Dan
barang siapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, mereka itu akan bersama orang-orang
yang dianugerahi nikmat oleh Allah, iaitu para nabi, shiddiqin, syuhada, dan
orang-orang shalih. Mereka itulah sahabat yang paling baik.” – Surah An-Nisaa
(4): 69. Setelah itu, beliau kembali bergumam, “Ya Allah, aku memilih bersama
Yang Maha mulia.”
Setelah itu, kepala Nabi SAW beransur-ansur terasa bertambah berat
di pangkuan Sayyidah Aisyah RA, sehingga para isteri yang lain menangis.
Sayyidah Aisyah RA lalu membaringkan kepala beliau di bantal, kemudian menangis
bersama isteri Nabi SAW yang lain.
Dalam Sahih Bukhari dikisahkan, begitu mendengar Rasulullah SAW
wafat, Abu Bakar As-Siddiq berlari menuju rumah kediaman Sayyidah Aisyah RA.
Namun jasad Nabi SAW telah membujur kaku. Ketika menyingkap kain yang menutup
tubuh Nabi SAW, ia menangis sambil memeluk wajah Sang Rasul. Saat memandikan
jenazah Rasulullah, Ali bin Abi Thalib berkata, “Wahai Rasulullah, ketika
hidup, Tuan semerbak mewangi. Ketika wafat pun, tubuh Tuan tetap wangi.”
Ya… Rasulullah SAW, dan syariatnya, tetap akan
selalu semerbak mewangi sampai hari kiamat.
CORETAN HATI SEORANG MUSLIMAH
Aku ingin menjadi KHADIJAH
Menjalin agung sebuah cinta
Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH
Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan
Gedung ilmu AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
Mengedong puteranya yang masih merah
Dipadang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda
Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
Tenggelam asyik dalam nikmat UBUDIYAH
Biar tersingkap segala hijab
Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati
Lantas ku serah cinta suci ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI
Terluka tersiksa terhina terpenjara
Terkurung jasad dicelahan janji kaku
Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah
Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH
Berteman pena menongkah kepayahan
Ruh jihad perlu disemarakkan
Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya
Meskipun aku hanyalah perawan
Yang jiwanya tak sekental ASMA
Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH
Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah..
Namun relalah aku…
Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
Kan kuteguh menatang amanah ini
Mewarisi kegemilangannya
SERI KANDI UMMAH
Hanya kerana Islam merindui
Kemunculan peribadi mukminah
Muslimah mujahidah…
Yang rela mati dalam keunggulan iman
Terpanggang gagah bagai harumya pusara MASYITAH…
Jika Islam itu kan kudaulatkan…
Menjalin agung sebuah cinta
Menafkahkan hartanya pada FISABILILLAH
Aku ingin sezuhud FATIMAH
Akur tanpa jelak setiap perintah
Aku mengagumi dan mahukan kejayaan
Gedung ilmu AISYAH
Aku ingin menyelami ketabahan SITI HAJAR
Mengedong puteranya yang masih merah
Dipadang pasir yang merekah
Bukannya wanita penggoda
Fitrah dari sejarah SITI ZULAIKHA
Pun jiwaku ingin sekudus RABIATUL ADAWIYAH
Tenggelam asyik dalam nikmat UBUDIYAH
Biar tersingkap segala hijab
Dua cinta takkan berpadu dalam satu hati
Lantas ku serah cinta suci ini pada satu perjuangan
Bagai cekalnya hati ZAINAB AL GHAZALI
Terluka tersiksa terhina terpenjara
Terkurung jasad dicelahan janji kaku
Teguh istiqamah menjunjung akidah dakwah
Demi Islam bukannya menyerah galang gantinya
Atau setidaknya aku impikan hidup semulia MARYAM JAMEELAH
Berteman pena menongkah kepayahan
Ruh jihad perlu disemarakkan
Dan biarlah aku yang menyemarakkan obornya
Meskipun aku hanyalah perawan
Yang jiwanya tak sekental ASMA
Belum teruji dengan deraian airmata ATIQAH
Tak mampu tersenyum bagai KHASA yang tabah..
Namun relalah aku…
Relalah aku menjadi sayap kiri perjuangan
Kan kuteguh menatang amanah ini
Mewarisi kegemilangannya
SERI KANDI UMMAH
Hanya kerana Islam merindui
Kemunculan peribadi mukminah
Muslimah mujahidah…
Yang rela mati dalam keunggulan iman
Terpanggang gagah bagai harumya pusara MASYITAH…
Jika Islam itu kan kudaulatkan…
FACEBOOK!A MEDIUM FOR DELIVERING DAK'WAH
Why
facebook is important to be one medium to deliver da’wah.
Facebook seems like
crucial parts of human beings today because a lot of people have it. It is used
as a place for people to communicate with each other, sharing things and
thoughts. In this hectic pace of modern life, it is hard for most Muslims to do
live Dakwah. Therefore, the Facebook is undeniably a very prudential source for
Dakwah to be distributed. Facebook provides pages and groups that can help
people share and keep updated about Islam. Muslims can discuss about problems
and thoughts especially when they are ashamed to ask directly from Imams or
Shaykhs. Besides, most of teenagers are using Facebook which make it very
convenient for them to get the info about Islam. Facebook also allows our
friends to see our posts in their news feeds. In other words, it is easy for
people to see the updates from their friends about dakwah easily without a need
to search for it. Furthermore, the Facebook enable the users to share links and
videos about Islam. This connects the Facebook with a longer article or videos
that will explain more details about Islam. Facebook also offers a sharing
buttons that enable people to share other people post and spread the words
wider. It is certainly the easiest and fastest way for people to get the
information about Islam. Sometimes, a word from talk is harder to reach the
hearts of others. Sometimes, a single picture could touch someone’s heart. It’s
the matters of efforts and Facebook is certainly one of the ways.
PEMIMPIN CAHAYA UMMAH
Masa bergerak begitu pantas kerana pejam celik
sahaja kita sudah berada pada alaf milenium di samping menelusuri, meniti abad
yang mendatang. Abad ke-21 telah mencetuskan pelbagai hasrat dan cetusan idea
kerajaan dalam usaha untuk memanifestasikan iltizam Malaysia untuk menjadi
sebuah negara mapan dan progresif menjelang tahun 2020. Bertitik tolak daripada
hal ini, pemimpin dilihat merupakan insan terpenting dalam memacu kegemilangan
Malaysia.
Menurut Kamus Dewan,
perkataan kepimpinan diambil daripada kata akar pimpin. Perkataan pemimpin pula
dapat ditakrifkan sebagai orang yang memimpin. Bersangkutan dengan hal ini,
saya amat bersetuju dan tertarik dengan laporan Berita Harian pada 12 April
yang lepas iaitu “Utama Pemimpin Amanah,Berwawasan”. Hal ini dikatakan demikian
kerana, pemimpin ialah orang yang dipertanggungjawabkan untuk memimpin
sekumpulan manusia atau sesebuah organisasi di dalam sesebuah negara.
Menyingkap kepada
sudut perspektif yang utama dan khusus, antara tanggungjawab pemimpin terhadap
rakyat ialah menjaga agama, berlaku adil dalam melaksanakan pemerintahan dan
menyediakan keperluan asasi kepada rakyat.Buktinya, seperti yang telah
dilakukan oleh Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Razak ke atas perubahan
dan janjinya kepada rakyat untuk mendapatkan kesejahteraan dan kemakmuran
negara, menerusi projek Pusat Transformasi Bandar (UTC), Pusat Transformasi
Luar Bandar (RTC), pertumbuhan ekonomi yang lebih baik, seperti Bantuan Rakyat
1 Malaysia (BR1M), Baucar Buku 1 Malaysia (BB1M), dan telah menyediakan
pelbagai perkhidmatan di bawah jenama 1 Malaysia.
Hatta demikian, rakyat
juga haruslah memainkan peranan dalam mentaati pemimpin selagi tidak bercanggah
dengan syarak,membantu pemimpin dalam mencapai wawasan negara. Di samping,
sentiasa memberi sokongan dan maklumbalas dengan cara yang baik.
Sebagai penghias
bicara akhir, dapatlah saya konklusikan di sini bahawa, ciri-ciri seseorang
pemimpin yang harus kita pilih ialah beriman dan beragama, berakhlak mulia,
bertanggungjawab, bersikap adil, sedia menerima pandangan, jujur, berani,
tegas, boleh menjadi model untuk rakyat dan mengamalkan sikap kesederhanaan
dalam kehidupannya. Akhirulkalam, biar matahari terus bersinar, biar pepohon
terus menghijau dan biarlah Malaysia terus kekal gilang-gemilang di persada
antarabangsa.
Subscribe to:
Posts (Atom)