Wednesday, 29 May 2013

KEPENTINGAN AIR KEPADA MASYARAKAT SEJAGAT

Air meliputi 70% daripada keseluruhan muka bumi ini. 70% daripada tubuh manusia mengandungi air. Tahukah kita bahawa tanpa elektrik, kita masih mampu meneruskan kehidupan, tetapi bagaimana kalau tiada air. Oleh itu. air merupakan unsur yang sangat penting dalam kehidupan. Kita boleh hidup berminggu-minggu tanpa makanan, tetapi tanpa air mungkin akan menyebabkan dehidrasi, kehausan dan mati dalam tempoh beberapa hari. Kehilangan 2% air disekeliling sel boleh menyebabkan pengurangan 20% tenaga. Mungkin selama ini kita tidak sedar,bahawa air sangat penting dalam kehidupan seharian kita. Malah, organ yang terdapat dalam badan kita juga memerlukan air untuk kekal sihat, antaranya ialah kandungan air dalam otak 74%, otot 75%, darah 82%, tulang 22%, gigi 5%, hati 69%, dan buah pinggang 82%.
Kita perlu meningkatkan kadar pengambilan air sebanyak 20 peratus ketika cuaca panas. Caranya ialah dengan mengambil tiga liter air setiap hari, makan makanan yang mengandungi cecair tambahan seperti tembikai, tomato, buah-buahan segar dan pelbagai sayur-sayuran. Perlu diingat, tubuh hanya memerlukan 20 minit untuk terhidrat! Oleh itu, jangan tunggu sehingga berasa dahaga untuk minum. Jika air kencing berwarna kuning gelap, bermakna kita perlu minum air dengan kadar yang banyak. Selain itu, makanan yang kaya dengan air boleh mengisi perut kita tanpa perlu penambahan kalori yang berlebihan. Pengambilan air yang banyak juga dapat mengurangkan kalori dalam setiap gigitan makanan yang kita makan.
Menurut Daniel Reid, Pengarang Buku : The Top of Detox berkata, “ meminum air alkali adalah satu cara terbaik untuk meneutral dan mengeluarkan semua toksin yang mengalir dari otot-otot dan bahan cairan dari tubuh dengan cepat menambah air dan mengekalkan kealkalian darah “ . Hal ini kerana, kandungan air di dalam darah adalah sebanyak 82%. Tanpa air, tubuh badan manusia tidak mampu berfungsi dengan sempurna. Tanpa air juga, darah tidak dapat mengalir, nutrient-nutrien penting dan oksigen tidak dapat disebarkan. Malah, sisa kumuhan akan terkumpul dan tepu di dalam badan. M aka badan kita akan bertoksin dan tidak sihat, akan menyebabkan kita mudah pening kepala, keletihan, kurang tidur, dan akan menyebabkan darah tinggi.
Air membantu membuang segala kekotoran, toksin dan lemak yang tidak berguna keluar secara semula jadi menerusi pembuangan air kecil dan air besar. Air juga melancarkan proses penghadaman. Tanpa air yang cukup, kita mudah terhidrasi dan usus dalam badan akan mongering dan mengecut. Selain itu, air bertindak sebagai penambah tenaga kepada tubuh badan kita. Jika rasa haus, jangan tunggu lebih lama untuk minum air.Ini untuk mengelakkan jantung kita menggunakan tenaga berlebihan untuk mengepam oksigen ke seluruh badan.
Air juga membentuk kira-kira 55-57 peratus daripada berat badan kita dan mempunyai peranan yang penting dalam hamper setiap fungsi utama badan. Air melaraskan suhu badan, di samping membawa nutrient dan oksigen ke sel, serta menghapuskan sisa. Air turut melindungi sendi serta mengawal organ dan tisi. 
Jumlah air yang hilang sebagai keringat adalah berbeza-beza antara seorang dengan seorang yang lain. Hal ini juga bergantung pada suasana sekitar, tahap kegiatan, dan saiz badan. Pada kegiatan biasa, kita mengeluarkan kira-kira 500-600ml peluh sehari. Input air sekurang-kurangnya sama dengan output air. Orang dewasa biasanya memerlukan air antara 8-12 gelas sehari. Jumlah air yang diperlukan oleh kanak-kanak pula bergantung pada umur, berat badan, dan kegiatan fizikal mereka. Oleh sebab saiz tubuh mereka adalah kecil, mereka akan mengalami penghidratan yang cepat. Selain itu, keperluan air akan meningkat sekiranya kita banyak menghabiskan masa di luar rumah dalam cuaca panas, kerap bersenam, atau berada dalam bilik yang berhawa dingin.
Oleh itu, air merupakan sumber yang amat penting dalam kehidupan seharian manusia. Terdapat banyak fungsi- fungsi air yang diperlukan di dalam tubuh badan manusia. Antaranya, dapat menggerakkan fungsi tubuh. Air memainkan peranan penting bagi merangsang proses biologikal dan kimia yang berada di dalam tubuh badan. Tanpa air, darah tidak mengalir, oksigen dan zat makanan tidak akan dipindahkan, sisa tidak akan dihapuskan dan organ badan tidak dapat berfungsi. Selain itu, air juga dapat menjalankan proses detoksifikasi, yang mana setiap hari tubuh kita terdedah kepada unsure toksin. Buah-buahan, sayur-sayuran mempunyai kandungan racun, antibiotic dan hormone di dalam produk daging dan bahan pengawet dan pewarna tiruan di dalam makanan dan minuman yang diproses. Kebanyakkan penyakit berpunca daripada pengaruh toksin yang terdapat di dalam air,udara dan makanan.
Air juga dapat menghalang dehidrasi dan penyakit. Hampir semua penyakit adalah disebabkan kekurangan air. Masalah jerawat , penghadaman, obesiti, sendi dan masalah yang lebih serius seperti masalah jantung, tekanan darah tinggi dan juga kanser. Tanda awal kekurangan air ialah bibir kering, keletihan, pening kepala, insomnia dan sebagainya. Disamping itu, air juga dapat menguraikan dan membantu penyerapan nutrient makanan untuk dibekalkan kepada sel, pemangkin dalam proses metabolisme, mengawal atur kepekatan darah, mengawal suhu badan,tekanan darah dan PH tubuh, mengurangkan tekanan dalam tubuh badan , menyelaras ketidak seimbangan pada bahagian buah pinggang dan limpa, melindungi kelembapan dan kekenyalan kulit serta melambatkan proses penuaan, kekal bentuk badan yang cantik, meningkatkan tenaga, mengurangka stres, membentuk otot, melancarkan proses penghadaman, dan mengurangkan pembentukan batu karang.
Terdapat beberapa kesan kekurangan air dalam kesihatan. Antaranya, akan menyebabkan dahaga, nafas berbau, bibir merekah, sakit kepala, panas dan sembelit. Kehilangan air yang serius pula menyebabkan, dehidrasi, hilang tumpuan, punca pelbagai penyakit, gangguan mental, darah memekat, dan panas terasa di bahagian dada.
Air kosong adalah pilihan yang terbaik, dalam membantu meningkatkan metabolisma tubuh. Berbanding makanan yang mengandungi air dan sup, yang hanya dapat membantu membekalkan sebahagian air sahaja. Kita juga akan kehilangan air tambahan di dalam badan, apabila kita mengambil minuman berperisa, minuman ringan, kopi dan teh. 
Melalui saranan pakar pemakanan, kita hendaklah minum sekurang-kurangnya 2 liter air setiap hari iaitu bersamaan dengan 8 gelas air.Dan air yang kita minum bukanlah air yang mengandungi gula, tetapi air suam ataupun air mineral.


Islam sangat mementingkan kebaikan dan kesihatan. Dalam aspek kesihatan orang-orang Islam disuruh supaya menjaga tubuh badan agar sentiasa berada dalam keadaan sihat, di samping itu Islam menyuruh umatnya berikhtiar mengubat apabila dijangkiti sesuatu penyakit. Potongan ayat al-Quran yang berkaitan dengan penjagaan kesihatan. Antara ayat al-Quran yang menyuruh supaya manusia menjaga kesihatan ialah, Surah al-Baqarah ayat 172 – 173- bermaksud: “Hai orang yang beriman, makanlah barang yang baik-baik dari apa yang diberikan kepada kamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu hanya beribadat kepadanya. Sesungguh-nya Allah hanya mengharamkan kepada kamu memakan bangkai, darah, daging babi dan binatang-binatang yang disembelih tidak kerana Allah, maka barangsiapa dalam keadaan terpaksa dengan tidak sengaja dan tidak melampaui batas, maka tidaklah berdosa baginya (memakan benda-benda yang haram) kerana sesungguhnya Allah Maha Pengampun Lagi Mengasihani” .

No comments:

Post a Comment