Wednesday 29 May 2013

DUNIA AKHIR ZAMAN#

Berpakaian tetapi telanjang~

Dalam beberapa hadis, Rasulullah S.A.W ada menyebut tentang golongan wanita yang berpakaian tetapi seperti telanjang. Perkara ini lazimnya dikaitkan dengan budaya pemakaian atau fesyen 'omputeh'. Dgn pakaian mereka yg seksi dan 'daring' mendedahkan tubuh mereka sememangnya menepati terma "berpakaian tetapi telanjang" itu.

Namum begitu, tidak ramai dlm kalangan masyarakat khususnya wanita Muslim sendiri sedar bahawa kadang-2 mereka juga berpakaian tetapi seperti telanjang!! 

Frasa menutup aurat dan membalut aurat adalah dua perkara yang perlu para muslimah sekalian tahu. Menutup aurat bererti menyembunyikan aurat tersebut sedangkan membalut aurat bermaksud melapiskan aurat tersebut dgn pakaian tetapi masih menzahirkan aurat itu.

Pemakaian leggings, seluar jeans ketat dan seluar yg ketat merupakan contoh yang jelas gejala membalut aurat ini. Hal ini perlu dipandan serius oleh masyarakat. Pemakaian stokin tangan juga sebenarnya termasuk dlm gejala membalut aurat ini kerana lengan wanita juga merupakan aurat. Memakai stokin tangan sahaja tidak bermaksud anda menutup aurat kerana anda tetap menzahirkan aurat anda.

#duhai ukhawatku (saudara-2 perempuan), peliharalah auratmu kerana dirimu begitu bernilai dan hanya barangan yang berharga seperti emas dan perak itu tersembunyi. Jangan gadaikan auratmu untuk tatapan dunia kecuali yang halal bagimu. Insya-Allah yg tersembunyi itu lebih baik dan akan mendapat yang terbaik.

Ps: kepada wanita yg memakai kain, pakailah stokin yg lebih panjang dan kain dalam kerana kadang-2 ketika menaiki tangga akan terzahir betis anda*guilty-pernah ternampak*.

No comments:

Post a Comment